1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya
solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin dan
lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada
solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan
kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut
beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya
serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan
tidak berlengah- lengah.
3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila
ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti
menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap
pemberian Allah.
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan
bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu
sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin
memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang
berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya
dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya
serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan
perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua
laranganNya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa
merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke
atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang
pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah
Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami
memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah,
menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran
dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya
rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah
kubur.
0 komentar:
Posting Komentar